Thursday, September 24, 2015

PENYATA PENYESUAIAN BANK

  • Tunai adalah aset mudah cair yang penting. Penerimaan dan pembayaran tunai mesti dikawal dengan baik.
  • Kedudukan tunai digunakan untuk menilai keupayaan perniagaan membayar pelbagai perbelanjaan dan menjelaskan hutang.
  • Selepas menerima Penyata Bank pada setiap bulan, peniaga akan membandingkannya dengan Buku Tunai.
  • Biasanya baki yang ditunjukkan dalam Penyata Bank berbeza dengan baki dalam BukuTunai. Perbezaan tersebut disebabkan oleh perbezaan semasa merekod dan kesilapan.
SEBAB WUJUDNYA PERBEZAAN BAKI DI BUKU TUNAI DAN PENYATA BANK 

Peniaga – Buku Tunai
Bank – Penyata Bank
1. Mengeluarkan cek
2. Menerima cek
3. Mengkreditkan buku tunai untuk cek tak layan (mengeluarkan jumlah ini daripada baki buku tunai)
4. Mendebitkan buku tunai untuk hasil faedah dan kutipan oleh bank (ia merupakan satu jumlah tambahan ke atas baki buku tunai).
5. Mengkreditkan buku tunai untuk belanja bank (ia merupakan satu belanja yang akan mengurangkan baki buku tunai).
1. Cek masih belum dikemukakan (cek yang dikeluarkan oleh perniagaan kepada pemiutang tetapi belum ditunaikan oleh penerima cek).
2. Cek masih belum didepositkan/dikreditkan (cek daripada pelanggan telah didepositkan dalam bank).
3. Cek tak layan (cek tidak diterima oleh bank untuk penjelasan disebabkan oleh baki akaun penghutang tidak mencukupi atau kesilapan pada cek).
4. Hasil faedah atas simpanan tetap ditambah ke dalam akaun peniaga dan kutipan oleh bank automatik ditambah ke dalam akaun peniaga.
5. Bank mencajkan belanja bank ke atas akaun peniaga.

TUJUAN MENYEDIAKAN PENYATA PENYESUAIAN BANK 

1. Menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank sekiranya kedua-duanya menunjukkan baki tidak sama.
2. Menyemak dan membetulkan kesilapan rekod Buku Tunai.
3. Menentukan jumlah tunai sebenar yang terdapat dalam akaun semasa di bank.

PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BANK 

1. Tentukan sama ada terdapat perbezaan antara baki awal Buku Tunai dengan baki awal Penyata Bank.
2. Amaun perbezaan ini mewakili cek yang telah dikeluarkan oleh perniagaan dalam bulan sebelumnya tetapi dikemukakan kepada pihak bank oleh penerima cek dalam bulan semasa. Butir ini perlu diabaikan dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank bulan semasa.

!!! Penyata Bank ialah penyata yang dihantar oleh pihak bank pada setiap bulan kepada peniaga yang membuka akaun semasa di bank.
!!! Penyata Bank digunakan sebagai rujukan oleh peniaga tentang urus niaganya di bank seperti deposit tunai, deposit cek, bayaran melalui cek, caj bank dan faedah simpanan.


Butir yg menyebabkan baki Buku Tunai tidak sama dengan baki Penyata Bank
Penyata Penyesuaian Bank dimulakan dengan
Baki debit Buku Tunai
Baki debit Penyata Bank (overdraf)
Baki kredit Buku Tunai (overdraf)
Baki kredit Penyata Bank
Cek belum dikemukakan
TAMBAH
TAMBAH
TOLAK
TOLAK
Deposit/cek/simpanan belum dikreditkan
TOLAK
TOLAK
TAMBAH
TAMBAH
Buku cek, caj bank, faedah atas overdraf dan bayaran oleh bank atas perintah sedia
TOLAK
TOLAK
TAMBAH
TAMBAH
Dividen, faedah simpanan tetap dan pindahan kredit
TAMBAH
TAMBAH
TOLAK
TOLAK


CONTOH PENYATA PENYESUAIAN BANK


No comments:

Post a Comment