KEHIDUPAN di dunia ini membawa banyak persoalan
yang harus dihadapi oleh setiap manusia. Tentu sahaja setiap masalah yang
dihadapi ada penyelesaiannya, bukan? Sebagai manusia, banyak kelebihan yang
dimiliki jika dibandingkan dengan makhluk Tuhan yang lain. Oleh itu, kita seharusnya
mempunyai semangat untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih baik. Tidak perlu
lari daripada masalah apabila kita sedang menghadapi masalah. Untuk apa berlari
tetapi kita tidak mampu untuk bersembunyi daripadanya? Kita akan semakin
kesulitan untuk menyelesaikan sesuatu masalah apabila lari daripadanya.

Tidak perlu takut! Kita pasti mampu untuk menghadapi
semuanya dengan fikiran yang tenang dan semangat tinggi supaya dapat mengharungi
kehidupan yang lebih baik di masa yang akan datang. Masalah sekecil apapun tidak
akan pernah selesai sekiranya kita takut untuk menghadapinya. Apatah lagi
masalah yang lebih besar, kita harus hadapinya, jangan lari!

Marilah kita memaafi antara satu sama lain meskipun
ianya tidak mampu mengubah apa-apa, namun hal ini penting untuk membangun masa
depan yang lebih baik sepertimana yang kita inginkan. Ingatlah pepatah bahawa
pelaut ulung tidak pernah dilahirkan dari ombak yang tenang. Tidak pernah!
Tetap semangat jalani hidup dengan penuh keyakinan akan membuahkan hasil.
Tersenyumlah dengan ikhlas kepada saudara, tetangga, dan rakan-rakan kita.
Sikap ramah dengan tutur kata yang sopan kepada lawan bicara adalah satu
langkah maju menuju hidup, sesuai dengan impian kita semua iaitu meraih kejayaan di
dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment