Thursday, September 24, 2015

AKAUN KAWALAN

TUJUAN AKAUN KAWALAN

a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan pemiutang.
b. Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan.
c. Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar.
d. Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.

AKAUN KAWALAN PENGHUTANG

·         Akaun Belum Terima / Akaun Kawalan Lejar Jualan / Akaun Pelbagai Penghutang
·         Menunjukkan jumlah penghutang yang terdapat di dalam Lejar Jualan bagi satu tempoh tertentu.
·         Format Akaun Kawalan Penghutang
(Tambah Hutang) aset tambah (Kurang Hutang) aset kurang


Akaun Kawalan Penghutang
Baki b/b
Jualan (kredit)
Bank (cek tak layan)
Diskaun diberi (dibatalkan)
Faedah
Angkutan keluar
Baki h/b
XX
XX
XX
XX
XX
XX
XX
Baki b/b (kredit)
Bank (Penerimaan)
Diskaun diberi
Pulangan Jualan
Hutang Lapuk
Kontra (Pindahan ke Lejar Belian)
Kontra (Pindahan dari Lejar Belian)
Baki h/b
XX
XX
XX
XX
XX
(a)
(b)
XX

XXX

XXX
Baki b/b
XX
Baki b/b (kredit)
XX


NOTA!!! Hutang lapuk terpulih tidak direkod dalam Akaun Kawalan Penghutang dan perlu ditolak daripada jumlah penerimaan tunai daripada penghutang.

Sumber Rujukan;
a. Jurnal Am - Baki b/b, diskaun diberi (dibatalkan), faedah, hutang lapuk, angkutan keluar dan kontra/pindahan.
b. Jurnal Jualan - Jualan (kredit).
c. Jurnal Pulangan Jualan - pulangan jualan.
d. Buku Tunai - bank (cek tak laku), bank (penerimaan), dan diskaun diberi.

AKAUN KAWALAN PEMIUTANG

·         Akaun Belum Bayar / Akaun Kawalan Lejar Belian / Akaun Pelbagai Pemiutang
·         Menunjukkan jumlah pemiutang yang terdapat di dalam Lejar Belian bagi satu tempoh tertentu.
·         Format Akaun Kawalan Pemiutang
(Kurang Hutang) liabiliti kurang (Tambah Hutang) liabiliti tambah


Akaun Kawalan Pemiutang
Baki b/b (debit)
Bank (Pembayaran)
Diskaun di Terima
Pulangan Belian
Kontra (Pindahan dari Lejar Jualan)
Kontra (Pindahan ke Lejar Jualan)
Baki h/b
XX
XX
XX
XX
(a)
(b)
XX
Baki b/b
Belian (kredit)
Faedah
Angkutan masuk
Baki h/b
XX
XX
XX
XX
XX

XXX

XXX
Baki b/b (debit)
XX
Baki b/b
XX

Sumber Rujukan;
a. Jurnal Am - baki b/b, kontra, faedah, kontra/pindahan dan angkutan masuk.
b. Jurnal Belian - belian (kredit).
c. Jurnal Pulangan Belian - pulangan belian.
d. Buku Tunai - bank (pembayaran), dan diskaun diterima.

Nota :
* Kedua-dua Pindahan (a) dan (b) mesti disebelah yang mengurangkan.
* Hanya jualan kredit barang niaga dan belian kredit sahaja direkodkan. Jualan
tunai dan belian tunai hendaklah diabaikan.
* Butiran mestilah nama akaun.

CATATAN KONTRA
  • Berlaku apabila sesebuah perniagaan menjual secara kredit dan juga membeli secara kredit daripada pihak yang sama.
  • Peniaga adalah penghutang dan pemiutang kepada perniagaan pada masa yang sama.
  • Hutang di antara penghutang dengan pemiutang diselaraskan pembayarannya melalui catatan kontra.
  •  Dengan cara memindahkan baki akaun yang mempunyai baki yang lebih kecil ke akaun yang mempunyai baki yang lebih besar.
  • Hanya satu amaun sahaja yang wujud dan perlu dibayar atau diterima oleh perniagaan.
  • Terdapat 2 jenis Catatan Kontra :
i) Dari Lejar Jualan ke Lejar Belian.
- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang
ii) Dari Lejar Belian ke Lejar Jualan.
- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang

BAKI KREDIT (AKAUN KAWALAN PENGHUTANG)
  • Penghutang terlebih bayar kepada perniagaan.
  • Penghutang memulangkan barang (pulangan jualan) selepas akaunnya dijelaskan.
  • Pemberian elaun kepada penghutang atau potongan harga selepas akaunnya dijelaskan.
BAKI DEBIT (AKAUN KAWALAN PEMIUTANG)
  • Perniagaan terlebih bayar kepada pemiutang.
  • Peniaga memulangkan barang (pulangan belian) selepas akaunnya dijelaskan.
  • Pemiutang memberi elaun atau potongan harga ke atas barang yang dibeli dan telah dibayar.

No comments:

Post a Comment