BELANJAWAN TUNAI
- Satu anggaran penerimaan tunai dan pembayaran tunai bagi sesuatu tempoh tertentu.
FUNGSI BELANJAWAN TUNAI
- Menyediakan maklumat tentang penerimaan, pembayaran dan baki tunai bagi tempoh tertentu.
- Membolehkan perbandingan dibuat antara pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan yang dianggar.
- Membantu perniagaan mengawal aliran masuk dan aliran keluar wang mengikut keutamaan serta berjimat cermat.
- Membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaan.
- Menjadi panduan kepada institusi kewangan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman wang.
- Mengukur keupayaan tunai perniagaan, sama ada mampu atau tidak untuk membayar perbelanjaan dan hutang perniagaan.
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN BELANJAWAN TUNAI
FORMAT BELANJAWAN TUNAI
Belanjawan Tunai bagi Tempoh ...............
Butir
|
Januari
|
Februari
|
Mac
|
RM
|
RM
|
RM
| |
(A) Baki awal b/b
| |||
Penerimaan
Modal
Jualan tunai
Penghutang
Hasil lain
| |||
(B) Jumlah Penerimaan
| |||
Pembayaran
Belian Tunai
Pemiutang
Belanja Am
Gaji
Belian Aset Tetap
| |||
(C) Jumlah Pembayaran
| |||
Lebihan / (kurangan)
(D) = (B) – (C)
| |||
Baki h/b
(E) = (A) + (D)
|
Lebihan = Jumlah Penerimaan > Jumlah Pembayaran
Kurangan = Jumlah Penerimaan < Jumlah Pembayaran
*PENTING
- Perbelanjaan bukan tunai seperti hutang lapuk dan susut nilai terkumpul tidak termasuk dalam Belanjawan tunai.
- Baki akhir (h/b) akan menjadi baki awal (b/b) bagi bulan berikutnya.
VARIAN
Varian dalam bentuk amaun :
Varian = Angka sebenar - Angka belanjawan
Varian dalam bentuk peratus (%) :
Varian = Angka varian / Angka belanjawan x 100
KESAN VARIAN
No comments:
Post a Comment