Konsep dan prinsip asas perakaunan merupakan panduan dalam
catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi
semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan
adalah saksama dan standard. Antara konsep asas perakaunan ialah:
1) Wang sebagai Ukuran
1) Wang sebagai Ukuran
- Wang merupakan unit ukuran dalam urus
niaga perniagaan.
- Dengan merekodkan urus niaga dalam
nilai mata wang, ia dapat memudahkan penghitungan nilai urus niaga.
- Setiap negara mempunyai unit mata wang
sendiri, unit mata wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit
Malaysia.
- Contoh: Beli 100 buah beg bernilai
RM300 dicatatkan untuk belian.
2) Prinsip Catatan Bergu
- Berdasarkan prinsip catatan bergu,
setiap urus niaga harus direkodkan sekurang-kurangnya dua kali dalam akaun
yang berasingan pada masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun
didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan.
- Jumlah debit harus sama dengan jumlah
kredit. Dengan itu, sistem catatan bergu dapat membolehkan kita menyemak
ketepatan merekod.
- Contoh: jualan barang niaga dengan
harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala
akaun tunai didebitkan dengan RM500.
3) Entiti Berasingan
- Dalam perakaunan, pemilik perniagaan
dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan.
- Dengan itu, hanya urus niaga yang
berkaitan dengan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan.
- Urus niaga peribadi pemilik tidak
boleh direkodkan di dalam buku perniagaan.
- Contoh: Pemilik mengeluarkan wang
tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai
ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan.
4) Tempoh Perakaunan
- Sesebuah perniagaan diandaikan akan
beroperasi berterusan untuk jangka masa yang panjang.
- Walau bagaimanapun, untuk membolehkan
laporan prestasi perniagaan dibuat dan dibandingkan, hayat perniagaan
dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali sebagai tempoh
perakaunan.
- Tempoh perakaunan mungkin setahun,
setengah tahun dan sebagainya.
- Contoh: jika tempoh perakaunan
sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia
akan berakhir pada 31 Disember.
5) Kos sejarah
- Menurut
konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian
atau kos belian.
- Amaun
tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik
harga dipasaran bagi barang tersebut.
- Kos
belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut terbukti
dalam dokumen perniagaan.
- Contoh:
Sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada
tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun
2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan.
6) Berterusan
- Perniagaan
diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang
panjang.
- Konsep
ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset
perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah.
7) Pemadanan
- Mengikut
prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan
dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi
bersih bagi tempoh berkenaan.
- Untung
atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan
atau pembayaran dalam satu tempoh masa.
- Pendapatan
bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi
tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima.
- Begitu
juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang
sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum
dibayar.
- Contoh:
Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium
yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada
tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar
ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut.
8) Ketekalan
- Konsep
ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah
perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang
berterusan.
- Contohnya,
jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk
menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk
tahun-tahun seterusnya.
- Konsep
ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.
9) Materialiti
- Menurut
konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata
kewangan akan direkodkan.
- Nilai
kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak
material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.
- Contoh:
Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan
pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana
nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment