Saturday, September 26, 2015

CARA BELAJAR BERKESAN



Selain daripada tips yang diberikan berdasarkan video diatas, terdapat banyak lagi cara lain untuk belajar secara berkesan. Antaranya :-

1. BACA KETIKA ANDA RASA MENGANTUK 

Mungkin anda terasa pelik dengan nasihat ini.Cuba baca buku beberapa minit sebelum anda tidur. Hal ini kerana semasa tidur, otak kita akan memperkukuhkan ingatan baru. Jadi anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengingati apa yang anda baca sebelum anda tidur tadi. (Sebagai peringatan, jangan membuat kerja-kerja yang berat semasa hendak tidur, kerana ini boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur). Belajar selepas anda bangun tidur di waktu pagi juga membantu ingatan anda kerana masih banyak lagi ruang di dalam otak kita untuk diisi dengan maklumat baru.

2. JARAKKAN MASA BELAJAR 

Terdapat satu teknik belajar dipanggil ‘spaced repetition‘ yang pernah di terangkan di dalam majalah Harvard Magazine. Dalam teknik ini, anda perlu memecahkan maklumat kepada beberapa kelompok kecil dan membuat ulangkaji dengan kerap terhadap kelompok kecil ini. Sebagai contoh, jangan menghafal keseluruhan jadual berkala dalam satu hari. Sebaliknya, cuba hafal satu bari setiap hari dan lakukan ulangkaji baris tersebut sebelum menghafal baris yang baru.

3. BERCERITA

Tukarkan maklumat yang perlu diingat kepada satu cerita yang luar biasa kerana cerita lebih mudah untuk diingati berbanding maklumat yang tidak mempunyai makna. Sebagai contoh buat satu cerita untuk anda menghafal formula di dalam matematik.

4. BELAJAR BERKUMPULAN

Tidak semua orang sesuai dengan belajar berkumpulan. Tetapi jika anda dapat faedah daripada bekerja bersama-sama, belajar berkumpulan adalah cara yang terbaik. Pilih beberapa orang kawan yang rajin untuk berkumpul bersama-sama dan mengulang kaji pelajaran. Lantiklah seorang ketua untuk membahagikan tugas dalam kumpulan dan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat.

5. BELAJAR DI TEMPAT YANG BERLAINAN

Ada kajian menunjukkan bahawa anda akan kurang cenderung untuk lupa jika belajar perkara yang sama di tempat yang berbeza-beza. Hal ini kerana, setiap kali anda bergerak (dari kelas ke perpustakaan, atau dari bilik tidur ke taman permainan), kita akan memaksa otak kita untuk membentuk kaitan yang baru dengan material yang sama. Ini akan menguatkan lagi memori tersebut.

6. BUAT KUIZ

Latihlah diri anda dengan membuat soalan-soalan ramalan ataupun percubaan. Hal ini dapat melatih diri untuk menjawab soalan seperti di dalam peperiksaan sebenar. Lagi susah soalan yang anda buat, lagi mudah untuk anda mengingatinya di masa akan datang.

7. TULIS ATAS KERTAS

Kajian menunjukkan kita semua akan menyimpan maklumat dengan lebih lama jika kita menulisnya berbanding dengan jika kita menaip atau sekadar membaca sahaja. Jadi, amalkan untuk membuat nota berkaitan pelajaran yang anda pelajari di sekolah atau di kuliah.

8. BACA DENGAN KUAT

Membaca sesuatu dengan kuat bermakna anda akan mengingat dengan dua cara iaitu melihat dan mendengar. Jika anda sentiasa lupa selepas membaca, cuba kali ini anda membaca sehingga anda boleh dengar apa yang dibaca.

9. BERSENAM

Jika anda bersenam, anda dapat merperkuatkan badan serta minda dengan serentak. Kajian mendapati, anda boleh mempertingkatkan kelajuan memproses otak dan pelbagai kebolehan kognitif lain dengan hanya setengah jam senaman aerobik.




10. MENDENGAR MUZIK

Ramai yang mendengar lagu ketika belajar kerana alunan muzik dapat membantu mengurangkan stress. Setiap orang mempunyai minat pada lagu yang berbeza. Namun begitu, muzik klasikal khususnya telah terbukti dapat mengurangkan stress dan ketegangan.

11. TIDUR DAN REHAT YANG MENCUKUPI

Mengambil rehat yang mencukupi dapat meningkatkan produktiviti  dan fokus ke atas tugas yang dilakukan. Berhenti sebentar jika anda kerap melihat skrin komputer.Ramai yang mengambil langkah untuk berjaga malam jika terdapat terlalu banyak material yang perlu di baca dan di ulangkaji. Tetapi, anda tidak semestinya akan dapat A jika anda tidak malah. Malah ada kaitan rapat antara kekurangan dalam kemahiran berfikir dan sensitif terhadap stress dengan tidur yang tidak mencukupi. Cuba dapatkan masa tidur antara tujuh hingga sembilan jam pada hari-hari sebelum peperiksaan besar supaya usaha anda selama ini tidak akan sia-sia.

12. YANG PALING PENTING, BUAT APA YANG ANDA SELESA

Sesetengah orang suka belajar pada waktu subuh. Sesetengah orang suka belajar pada waktu tengah malam. Sesetengah orang suka belajar berkumpulan manakala yang lain suka belajar bersendirian dan tidak mahu dikacau. Eksperimen untuk mencari apa yang efektif untuk anda, dan kekalkannya.

No comments:

Post a Comment