Wednesday, September 23, 2015

SYARIKAT BERHAD

- Perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
Berhad” bermaksud liabiliti pemegang saham terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan.

CIRI-CIRI SYARIKAT BERHAD

a.Entiti berasingan – terpisah antara organisasi perniagaan dan pemiliknya dari segi perundangan. Boleh didakwa dan mendakwa, membuat kontrak serta memiliki dan menjual aset atas namanya.
b. Liabiliti terhad – tanggungan seseorang ahli syarikat terhad mengikut jumlah saham yang dipegang. Jika dibubarkan, pemiutang syarikat tidak berhak menuntut aset peribadi pemegang saham.
c. Hayat berterusan – kematian atau penarikan diri salah seorang pemegang saham tidak akan menyebabkan syarikat dibubarkan.
d. Pengasingan Fungsi Pemilikan dan Fungsi Pengurusan – pemegang saham tiada hak mengawal secara langsung operasi syarikat. Satu lembaga pengarah yang akan membentuk polisi keseluruhan syarikat dan melantik pegawai pengurusan untuk menguruskan perjalanan syarikat.

JENIS SYARIKAT

a. Syarikat Sendirian Berhad
b. Syarikat Awam Berhad

PERBANDINGAN ANTARA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DENGAN SYARIKAT AWAM BERHAD

Ciri-ciri
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Awam Berhad
1. Bilangan ahli
Minimum 2 orang dan maksimum 50 orang.
Minimum 2 orang dan maksimum tiada had.
2. Pemilikan saham
Terhad kepada individu tertentu.
Terbuka kepada orang ramai.
3. Pindah milik saham
Saham tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada pemegang saham yang lain.
Bebas dipindah milik dan mudah dijual beli melalui broker saham di Bursa Saham.
4. Status saham
Saham tidak boleh disenaraikan atau diurus niaga di bursa saham.
Saham boleh disenaraikan dan diniagakan secara bebas di bursa saham.
5. Laporan kewangan
Penyata kewangan tidak perlu didedahkan kepada orang ramai.
Penyata kewangan perlu didedahkan kepada orang awam dalam akhbar.
  • Laporan kewangan dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat.
  • Laporan kewangan tahunan perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

PEMBENTUKAN SYARIKAT

1. Didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2. Dua dokumen penting yang perlu disediakan untuk mendaftar syarikat iaitu;
a. Tatawujud Syarikat
i. Dokumen yang mengandungi perkara penting mengenai penubuhan syarikat berhad.
ii. Butiran dalam Tatawujud Syarikat ialah;
· Nama syarikat dengan diakhiri perkataan ‘Berhad’
· Alamat berdaftar syarikat
· Tujuan syarikat ditubuhkan
· Jenis-jenis perniagaan yang dijalankan dan boleh dijalankan
· Kenyataan liabiliti ahli-ahli adalah terhad
· Modal yang dibenarkan (berdaftar), mengandungi maklumat tentang jenis saham, bilangan dan nilai taranya
b. Tataurus Syarikat
i. Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan pengurusan dalaman dan pengendalian dari segi pengurusan dan pentadbiran sesebuah syarikat.
ii. Butiran dalam Tataurus Syarikat ialah;
· Kuasa, tanggungjawab dan hak lembaga pengarah
· Cara perlantikan lembaga pengarah dan bayaran pengarah
· Pembahagian keuntungan dan cara pembayaran dividen
· Cara penerbitan saham dan pindah milik
· Pengurusan dan pentadbiran
· Atur cara mesyuarat agung tahunan dan hak mengundi
3. Setelah semua dokumen lengkap dan diproses, Sijil Perakuan Penubuhan akan dikeluarkan yang menunjukkan penubuhan syarikat telah secara rasmi diluluskan.
4. Syarikat boleh memulakan operasi perniagaan setelah mendapat sijil tersebut dan mengeluarkan prospektus dan menerbitkan saham bagi mengumpul modal.

MODAL



SAHAM

Akta Syarikat 1965 membenarkan syarikat berhad mengeluarkan dua jenis saham bertujuan mendapatkan modal iaitu;
a. Saham biasa
b. Saham keutamaan

PERBEZAAN DI ANTARA SAHAM BIASA DAN SAHAM KEUTAMAAN

Ciri-ciri
Saham Biasa
Saham Keutamaan
1. Kadar dividen
Tidak tetap bergantung kepada keuntungan syarikat.
Tetap.
2. Pembayaran dividen
Diterima selepas pembayaran kepada pemegang saham keutamaan.
Dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa.
3. Hak mengundi dan mengawal syarikat
Mempunyai hak mengundi dan berpeluang mengawal syarikat.
Tiada hak mengundi dan tidak berpeluang mengawal syarikat.
4. Tuntutan atas aset syarikat jika syarikat dibubarkan
Tuntutan boleh dibuat selepas tuntutan pemegang saham keutamaan.
Diberi keutamaan sebelum tuntutan pemegang saham biasa.
5. Tunggakan dividen
Pemegang saham biasa tidak berhak ke atas dividen tahun-tahun lepas yang tidak dibayar oleh syarikat.
Pemegang saham keutamaan berhak menerima dividen tertunggak.

TERBITAN SAHAM

1. Kebenaran Suruhanjaya Sekuriti mesti diperolehi dahulu sebelum menerbitkan saham.
2. Setelah syarat terbitan dipenuhi, syarikat akan menghebahkan kepada awam melalui prospektus bertujuan untuk memberi gambaran kepada bakal pelabur mengenai prestasi syarikat.
3. Syarikat berhad boleh menerbitkan sahamnya pada nilai tara, premium (nilai yang melebihi nilai tara) atau diskaun (nilai yang kurang daripada nilai tara).
4. Akaun yang terlibat dalam terbitan saham ialah;
a. Akaun Bank
b. Akaun Permohonan
c. Akaun Modal Saham Biasa / Akaun Modal Saham Keutamaan

DIVIDEN

1.Dividen adalah sebahagian keuntungan yang diagihkan oleh syarikat kepada para pemegang saham.
2. Dibayar sekiranya syarikat memperolehi keuntungan.
3. Boleh diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk tunai (dividen tunai) atau dalam bentuk pemberian saham (dividen saham).
4. Dibayar ke atas modal berbayar dan bukan atas modal dibenarkan.
5. Kadar dividen diberi dalam bentuk peratus ke atas nilai tara dan bukan atas nilai pasaran atau dalam bentuk ringgit sesaham.
6. Jika keuntungan bagi sesuatu tempoh hanya mencukupi bagi membayar dividen saham keutamaan, pemegang saham biasa tidak akan menerima apa-apa dividen.
7. Dividen saham keutamaan kumulatif bermaksud dividen tertunggak tahun lepas akan dibayar pada tahun keuntungan semasa.
8. DIVIDEN SAHAM KEUTAMAAN = MODAL BERBAYAR SAHAM KEUTAMAAN X PERATUS DIVIDEN DITETAPKAN
9. DIVIDEN SAHAM BIASA = MODAL BERBAYAR SAHAM BIASA X PERATUS DIVIDEN DIISYTIHARKAN
10. DIVIDEN SAHAM BIASA = BILANGAN UNIT MODAL BERBAYAR SAHAM BIASA X NILAI RINGGIT SESAHAM SAHAM BIASA

Dividen Interim
· Dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan semasa.
· Pembayaran dividen interim dibuat berdasarkan prestari keuntungan syarikat sebelum tempoh perakaunan berakhir.
Dividen Akhir
· Diisytiharkan selepas keuntungan syarikat diketahui.
· Pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan semasa.

EKUITI PEMILIK DALAM KUNCI KIRA-KIRA

1. Kunci kira-kira yang disediakan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan dalam Akta Syarikat 1965.
2. Butiran yang ditunjukkan di dalam Kunci Kira-kira terdiri daripada
a. Modal dibenarkan
b. Modal diterbitkan dan berbayar
3. Modal dibenarkan tidak diambil kira dalam menentukan angka pengimbang.


Syarikat Berhad
Kunci Kira-kira pada ……………….

EKUITI PEMILIK
Modal dibenarkan
800,000 unit 5% saham keutamaan RM1 sesaham
1,000,000 unit saham biasa RM1 sesaham
Modal diterbitkan dan berbayar penuh
400,000 unit 5% saham keutamaan RM1 sesaham
500,000 unit saham biasa RM1 sesaham
RM
800,000
1,000,000
1,800,000
400,000
500,000
900,000

2 comments:

  1. Appreciate it if u can assist me in bookkeeping using excel (without hi-tech system software).What is the chronology? What are the principles?How do i begin?

    ReplyDelete