Tuesday, September 22, 2015

PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan terdiri daripada penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata aliran dana.


1. PENYATA PENDAPATAN

- menunjukkan hasil, belanja dan untung atau rugi sesebuah perniagaan

  (a) Hasil / Pendapatan - hasil operasi perniagaan, sewa diterima, komisen

  (b) Belanja - belanja pentadbiran, pemasaran, kewangan

                     - kos bahan mentah, kos kilang

  (c) Untung / Rugi = hasil - belanja

2. KUNCI KIRA-KIRA

- menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan pada satu tempoh   perakaunan tertentu.

(a) Aset - harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. 

(b) Liabiliti - tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.

(c) Ekuiti - pelaburan pemilik dalam perniagaan.


3. PENYATA ALIRAN DANA

-  menunjukkan bagaimana dana diperoleh dan digunakan.

(a) perubahan kedudukan kewanagan pada 2 titik masa iaitu melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu tempoh perakaunan.

(b) mengetahui aliran keluar dan masuk dana dalam perniagaan.

(c) mengkaji bagaimana sumber-sumber dana digunakan / membuat analisis tentang punca-punca dana yang digunakan.

(d) menunjukkan kesan pengeluaran dana perniagaan ketas modal kerja.

(e) sebagai asas perancangan penggunaan dana / sumber pada tempoh akan datang.

(g) mengawal kecairan perniagaan, penyediaan bergantung kepada keperluan.

No comments:

Post a Comment