Wednesday, September 23, 2015

PERKONGSIAN

PENGERTIAN DAN CIRI- CIRI PERKONGSIAN

Perkongsian ialah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 20 orang pekongsi.

  • Perkongsian yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti perakaunan, perubatan dan guaman, bilangan ahlinya boleh mencapai sehingga maksimum 50 orang.
  • Dalam perkongsian, keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara pekongsi mengikut Ikatan Perjanjian atau Akta Perkongsian 1961.
  • Perkongsian berbeza dengan milikan tunggal kerana pemilik perniagaan milikan tunggal memperoleh semua keuntungan atau menanggung semua kerugian.
  • Cukai pendapatan perseorangan akan dikenakan kepada pemilik tunggal dan pekongsi atas keuntungan yang diperoleh, kadar cukai adalah berbentuk progresif berdasarkan jumlah pendapatan.
JENIS PERKONGSIAN
  • Terdapat dua jenis perkongsian iaitu perkongsian biasa dan perkongsian berhad.
  • Dalam perkongsian biasa, semua pekongsi akan menanggung liabiliti yang tidak terhad seperti pemilik milikan tunggal. Harta persendirian boleh dituntut untuk membayar hutang perkongsian.
  • Dalam perkongsian berhad, pekongsi mempunyai liabiliti terhad di mana mereka hanya menanggung kerugian setakat modal yang disumbangkan.
JENIS PEKONGSI
  • Ada dua jenis pekongsi dalam perkongsian iaitu pekongsi aktif dan pekongsi lelap.
  • Pekongsi aktif dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Pekongsi lelap pula hanya menyumbang modal tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
PENUBUHAN PERKONGSIAN
  • Perkongsian juga mudah ditubuhkan seperti milikan tunggal, iaitu didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapat lesen daripada ajlis Kerajaan Tempatan. Ia tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).
  • Perlaksanaan perniagaan perkongsian adalah berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961 atau Ikatan Perkongsian.
  • Lazimnya, perjanjian perkongsian akan dibuat apabila sebuah perkongsian diwujudkan. Perjanjian ini disebut sebagai Ikatan Perjanjian.

SYARAT-SYARAT DALAM PERJANJIAN PERKONGSIAN

  1. Nama, alamat dan bentuk perniagaan.
  2. Bilangan pekongsi dan namanya.
  3. Jumlah sumbangan modal oleh setiap pekongsi.
  4. Jumlah ambilan yang boleh dibuat oleh pekongsi.
  5. Pembahagian untung atau rugi oleh pekongsi.
  6. Kadar faedah atas modal.
  7. Kadar faedah atas ambilan.
  8. Kadar faedah atas pinjaman daripada pekongsi.
  9. Gaji, elaun, bonus dan faedah lain kepada pekongsi.
  10. Tempoh masa kewujudan pekongsian.
  11. Bidang kuasa pekongsi.
  12. Cara menyimpan akaun.
  • Aktiviti perkongsian adalah dikawal oleh Akta Perkongsian 1961 sekiranya pekongsi-pekongsi tidak membuat sebarang perjanjian.

PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM AKTA PERKONGSIAN 1961

  1. Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pekongsi.
  2. Faedah sebanyak 8% setahun dibayar atas pinjaman daripada pekongsi.
  3. Tiada faedah dibayar atas sumbangan modal.
  4. Tiada faedah atas ambilan dibenarkan.
  5. Tiada bayaran upah, gaji, elaun atau bonus kepada pekongsi. 
  6. Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
  7. Sesiapapun tidak boleh diterima masuk sebagai pekongsi tanpa persetujuan pekongsi yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment