Tuesday, September 22, 2015

KEPENTINGAN PERAKAUNAN DALAM PERNIAGAAN

Tanpa mengira saiz perniagaan itu sama ada kecil atau besar, peranan sistem perakaunan kepada perniagaan adalah sama.

Bukankah objektif utama dalam perniagaan adalah untuk mencari keuntungan?


Maksud di sini adalah keuntungan dari segi kewangan. Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.


Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi. Perniagaan dianggap untung bila ada lebihan jualan dan sebaliknya.


Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukanlah suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu usahawan memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.



Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.


Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan sesebuah perniagaan.



6 comments:

  1. Nk tnya,boleh tolong huraikan implikasi jika tatacara penyediaan akaun tidak dipatuhi

    ReplyDelete
  2. Untung dan rugi perniagaan tidak dapat ditentukan dengan tepat. Memberi kesan dalam membuat keputusan. haiii hehe

    ReplyDelete
  3. The 10 best ford focus titanium models - TitaniumArts
    This is ford escape titanium for sale the mens titanium wedding rings most advanced Titanium model of the original engine in terms of efficiency. The design of this titanium trim hair cutter reviews engine is identical to that where is titanium found found on ford escape titanium 2021 the Model 2

    ReplyDelete