Tuesday, September 22, 2015

KITARAN PERAKAUNAN

Kitaran perakaunan merupakan beberapa peringkat proses perakaunan yang bermula daripada sumber dokumen sehingga catatan penutupan. Jangka masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh perakaunan.




  • Peringkat 1: Dokumen sumber
Merekod segala urusniaga perniagaan yang berlaku ke dalam dokumen perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

  •  Peringkat 2: Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

  • Peringkat 3: Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam lejar bagi setiap akaun yang terlibat.

  • Peringkat 4: Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan debit dan kredit semua akaun-akaun dalam lejar dengan menyediakan Imbangan Duga.

  • Peringkat 5: Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun jika terdapat sebarang kesilapan.

  • Peringkat 6: Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dibuat, Imbangan Duga disediakan semula bagi memastikan akaun debit dan kredit imbang.

  • Peringkat 7: Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata kewangan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan. Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

  • Peringkat 8: Catatan Penutupan
Catatan penutupan dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata kewangan.

No comments:

Post a Comment